Rumah Cuti

  • Laman Utama
  • Kalendar Tempahan
  • Kadar Harga
  • Kemudahan
  • Tempahan & Bayaran
  • Galeri Gambar
  • Soalan Lazim
  • Peta Lokasi
  • Hubungi Kami

Soalan Lazim

S: Bolehkah jika saya mahu check-in lebih awal ataupun check-out lebih lambat?
J: Kami sebenarnya lebih fleksibel dengan waktu check-in dan check-out. Kami sedia membenarkan check-in seawal jam 10 pagi dan melanjutkan waktu check-out sehingga jam 4 petang tanpa sebarang caj tambahan. Bagaimanapun, ini bergantung sepenuhnya kepada kekosongan pada waktu tersebut. Sila maklumkan kepada kami untuk pengesahan terlebih dahulu.


S: Berapa orang dibenarkan menginap di Rumah Cuti @ Tiara Beach ini?
J: Kami tidak menetapkan jumlah maksimum penginap. Bagaimanapun, kami tidak menggalakkan lebih daripada 4 orang dewasa menginap yang boleh menyebabkan ketidakselesaan. Unit ini dilengkapi 2 katil super single dan 5 bantal. Katil saiz ini mempunyai lebar 48 inci, mampu memuatkan 2 orang dewasa. Tilam tambahan tidak disediakan, bagaimanapun anda bebas untuk membawa tilam / comforter anda sendiri.

Create a free website with Weebly